01 February 2010

6. Last day of 2010 Jan.

Alhamdulillah. Selesai sahaja jogging, aku rehat sekejap di bilik sambil menikmati Milo panas 3in1 Fuze. Ah. Menyegarkan. Jam baru jam 8.30am. VV, kawan aku baru ja bangkit dari tidur. Dia meminta tolong ku ambilnya jam 9.30am (sebenarnya aku decide. hehehe.) Suasana di hostel aku sepi dan sunyi. Almaklum hari minggu berapa kerat je yg bangun awal. Selalunya lepas subuh, masing-masing terbungkang balik. Hahaha.



Jam 9.30am hingga jam 3pm. Aku di makmal bersama teman-teman, VV dan NY. Aku tertidur sekejap sejam (sekejap ke?). Mana tidaknya, air-cond 16degree. Memang lena la aku. Nasib baik tak berdengkur. Hahaha.


Selesai je di makmal. Kami ke Hentian Kajang untuk lunch. Idea VV. Mulanya dia mahu pergi sendiri. Tapi aku rasa kasihan pula kan. Tak berteman. Aku ajak la NY. Puas jugak untuk memujuknya. Walaupun sekarang ni sudah single (hehehe). Akhirnya dia akur. Kami lunch di Restoran Singgalan Indah. Restoran masakan Indonesia. Aku makan nasi putih dan daging dendeng bersama tauhu rebus. Memang sedap. Disebabkan aku masih lagi selsema, aku minum jus mangga segar. :)

P.S: Semasa menunggu teksi, kitaorang sempat lagi berbual isu kahwin. Hahaha.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...