02 May 2020

83. Tahun 2020. Futurama. Coronavirus. Azam baru?



Sekadar gambar hiasan.


Salam Ramadan buat semua,

Sedar tak sedar, kita dah masuk abad baru. Tahun 2020.

Tahun yang dulunya kita imaginasikan ada kereta terbang, ada keretapi kat langit (dah berjaya ada iaitu LRT/MRT/dsbg) dan lain-lain. Senang kata apa yang dipaparkan dalam animasi Futurama dulu tu, yang itu lah kita bayangkan akan berlaku pada tahun 2020 ini kan.

Tapi tak semuanya berlaku.

Dan yang sedihnya, tahun ni kita semua diuji dengan wabak pandemik Coronavirus yang menyerang seluruh dunia termasuklah Malaysia. Hari ini (02/05/2020) kita sudah berada di Fasa ke-4 yang dikatakan Fasa Pemulihan (29/04-12/05). Sudah hampir dua (2) bulan kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepanjang tempoh inilah, pelbagai ragam manusia yang kita lihat; yang baik dan yang kurang baik. Yang dahulunya tak pandai atau kurang pandai memasak atau malas masuk ke dapur, dah pandai memasak dan rajin masuk ke dapur. Yang dahulunya kurang masa bersama keluarga/pasangan/anak-anak, dah makin erat hubungan kekeluargaan. Dan macam-macam lagi lah.

Dah masuk Suku Ke-2 Tahun 2020 ni, adakah masih rasional dan wajar azam yang diazamkan di awal tahun 2020 haritu? Ataupun banyak yang dah terlaksana? Apa azam korang ya?


P.S. Sambil menaip posting ini sambil mendengar koleksi lagu raya di Youtube. Sayu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...