15 March 2010

26. Bukan senang untuk senang.


Alhamdulillah. Harini dapat makan nasi lagi. Kawan dari Shah Alam datang ajak lepak pagi tadi. Dia belanja breakfast nasi lemak kat Bangi Lama. Sedap. Tapi agak mahal. Nasi lemak dua campur ayam dan sorong dengan air milo panas dan kuih 9 ketul. Semuanya RM 12. Huhuhu.


Semalam pun dapat makan nasi. Nasi putih + ayam masak merah + daging kurma + sayur campur. Tak sia-sia join Upgrade Programme anjuran Unit Perhubungan Industri. Dapat input dari konsultan Deloitte dan juga lunch percuma.


Lunch free :)


Cuma, aku masih terfikir-fikir apakah juadah utk hari-hari mendatang. Bersyukur dilahirkan di negara Malaysia. Sangat bersyukur. (Sedih mengenangkan nasib anak-anak kecil di benua Afrika. Huhuhu.)


Malam tadi lepas solat Maghrib, aku mula menjayakan misi 'Job Searching' di sekitar Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah. Dapat jumpa 2-3 tempat yg memerlukan pekerja part-time waiter/kitchen helper/etc. Ada satu kafe ni siap sediakan tempat tinggal, elaun makan dan gaji. Tapi yg sedihnya plak, aku tanya brader  katering yg handle dinner ex-college aku kat dewan kampus, dia buat dek je. Huhuhu. (Sangat merindui zaman menjadi part-time waiter utk catering dulu-dulu.)


Buat masa ni nak masuk kerja kat tempat yg dekat sikit dgn kampus ni. Senang nak ulangalik. Sebab waktu bekerja dari jam 6 petang hingga jam 11 malam. Gaji, aku tak kisah sangat. Yang penting dapat duit utk makan dan bayar hutang-piutang.





Dalam hadis pun ada menyatakan bahawa, ' Yang berhutang hendaknya bersungguh-sungguh  untuk membayarnya. ' (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim).

13 comments:

  1. post ni terbaek.
    ade hadis kt bwh.'
    ekeke

    ReplyDelete
  2. tgk mknan tu, tibe2 lapar di pg hari.. grrr.. btahan lerrr..

    *ngah try diet mlm xD

    ReplyDelete
  3. wah, ko keja sdh? ok ke tu nanti nak g kelas lg? anyway, if ok teruskan je.. Aku pun terfikir gak nak buat part time bila masuk degree tp tkt kekangan masa tu..

    ReplyDelete
  4. SayaBerd: :)

    Mai: Sebelum kita melihat cela orang, lihat dahulu perut kita. :)

    Kyuubi_85: Pengurusan kewangan itu sangat penting.

    ReplyDelete
  5. salam...wei, aku rase insap la pas bace entri ni,,,huhu

    ReplyDelete
  6. ak xsuka berhutang gak

    n xsuka meminta hutang

    jgn biasakan diri kita dgn hutang

    hope u enjoy n succes in evrything u did

    ReplyDelete
  7. Sup: Amin :)

    Hisham: Erks. Part mana yg buat ko rasa insaf tu? Musykil lak aku.

    ReplyDelete
  8. susah kan jd student? huhu

    ReplyDelete
  9. Muhammad86: Terpaksa berhutang bro. Sebab nak cuba sedaya upaya langsaikan secepat mungkin. Huhuhu. Thanks sebab ingatkan.

    Luffy: Mana ada kerja yg senang bro. Even jadi pengemis pun susah jugak kan. :)

    ReplyDelete
  10. jgn sampai terabai study nanti ok...
    tabah dan kuatkan semangat in whatever u r doing!

    ReplyDelete
  11. cantik alas tempat letak buah ngn air kotak tu..
    nk 1 buleyh..? wakakak :P

    ReplyDelete
  12. Kak Faiz: Thanks sis! ;)

    Nani: Hahaha. Ada 1 tu je. Kalau bagi kat u, takda dah alas. :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...