27 July 2010

48. Langsaikan cukai.


Semalam aku off-work. Tak larat sangat. Sakit kepala barangkali disebabkan kena hujan. Cuaca sekarang tak menentu terutamanya pada waktu petang. Selalu sahaja hujan. Mungkin disebabkan perubahan angin monsun. Barangkali.

Outstation di Chukai, Terengganu sangat menyeronokkan dan memenatkan. Hari Jumaat bertolak dari UKM naik Everest dipandu oleh Pakcik Rahman (rupanya orang kampung koi). Hehehe. Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam.

23 Julai 2010: 
1. Check-in di Hotel Muni, Bandar Chukai.
2. Ke site membuat pemerhatian.
3. Malamnya membuat sampling di Pulau Kucing sampai jam 1 pagi.

Hotel rate: 2.5/5.

Site A di tepi jalan persekutuan.

Aku musykil samada pokok rhu ni diselaputi oleh lichens atau ferum.

Jangan marah, Tuan Blog pun nak enter frame jugak.

Air sampler pump. Model zaman Parameswara.


24 Julai 2010:
1. Sarapan di Restoran Dinie 1.
2. Ke site B, sampling sehingga zohor.
3. Selepas lunch di Gulai Kawah, sambung sampling di site C sampai jam 7 malam.
4. Langsung ke Sungai Yak Yah. Naik bot melihat kelip-kelip.
5. Dinner besar di Restoran Seri Kalong. :)

High Volume Sampler.

Makan besar selepas penat gila babeng bekerja.


25 Julai 2010:
1. Ke Sungai Yak Yah. Membuat sampling pokok bakau.
2. Singgah gerai buah. Beli duku-langsat, dokong dan manggis.
3. Check out. Ke Kuala Kemaman membeli keropok lekor.
4. Lunch, solat dan pulang ke Kuala Lumpur.
5. Tiba di rumah jam 7.30 malam.

Sungai Yak Yah (kelip-kelip).

Tuan Blog yang excited menyusuri hutan paya bakau.

Cek mek ni main nyorok-nyorok dgn aku. Hehehe.

Proses pengeringan keropok ikan mel. jemuran.

Cuba teka ini apa.

Sebelum balik, beli satar utk disantap semasa perjalanan.


[merasa makan telur penyu. tak sedap!]

6 comments:

  1. ceh. makwe-makwe tak ada ke. tak nikmat kalau outstesen tak de makwe.

    ReplyDelete
  2. Berd: Aku dah tobat la. Malam tadi malam nifsu Syaaban.

    ReplyDelete
  3. xpenah sampai di kawasan itu...


    soksek..

    ReplyDelete
  4. huhuhu.. best tu dapt bekerja dan berjalan... ikan buntal tu idup lagi ke?

    ReplyDelete
  5. Selamat dtg ke terengganu kiter..hehe...moga2 x serik la dtg trganu lg...

    ReplyDelete
  6. CikTi: Tak pernah pergi Terengganu ke?

    mancai: best dan penat bro. dah mati. tu yg buntal semacam je. hahaha.

    zoncapriku: tak serik. kalau bole hari-hari nk makan kopok lekor. hahaha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...