17 March 2011

80. Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.




Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah. Ada juga kesempatan untuk aku menulis sesuatu dalam blog yang aku rasa sudah bersawang ni. Maaf buat teman-teman yg ternanti-nanti tertanya-tanya ke manakah aku menghilang. Jangan risau, aku masih bernafas dengan izin Allah. Hingga bila, aku tidak tahu.

Saban hari, aku dapati ramai orang membodohkan diri samada secara sengaja atau tidak dengan niat kononnya untuk menunjukkan mereka adalah hebat, terbaik dan sebagainya. Dan ada juga yang menganiaya orang lain atau mengeksploitasi sumber yang ada demi kepentingan peribadi atau mengaut keuntungan yang berlebihan. Lebih menyedihkan, sesetengah atau kebanyakan daripada mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling mereka selagi ianya tidak mempunyai kaitan dengan mereka. Dalam erti kata lain, masyarakat sekarang lebih gemar mengamalkan konsep "I DON'T CARE".

Kita boleh lihat pasangan berdua-duaan dengan terbuka malahan ada yang melakukan aksi xxx tanpa segan silu, bersekedudukan dengan bukan mahram, sumbang mahram, isteri atau suami curang, bunuh, rogol, rasuah dan lain-lain. Terlalu banyak untuk aku nyatakan jenayah atau maksiat yang dilakukan dengan mudah tanpa rasa takut atau bersalah.

Aku bukan mahu mengatakan yang aku alim atau baik dan seumpama dengannya. Tetapi asasnya,
"MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"
walaupun sesuci murni mana pun matlamat/niat itu. Misalnya, kita berniat untuk menjadi orang kaya tetapi dengan cara menipu atau memanipulasi/menganiaya orang lain. Dan banyak lagi. Niat yang baik bukankah lebih cantik jika disusuli dengan cara/pelaksanaan yang baik. Mengingatkan pembaca semua dan juga diri sendiri.

Semoga Allah memberi hidayah dan rahmat kepada orang-orang beriman.


WauAllahhualam :)

3 comments:

  1. erm...org akan ckp mende ni biase la skang...tpi sebenonye yg tu bahye tu...semua pakat wat x endah kan. masing2 wat hal sendiri...:)

    aku ni pun pandai komen je, lebih kurang gak...
    :)

    ReplyDelete
  2. Apan: Ini disebabkan masyarakat terlalu banyak mencedok budaya buruk Barat yg jelas lagi terang tidak bersesuaian dengan budaya Timur apatah lagi Islam. WauAllahhualam.

    Terima kasih sudi memberi komen :)

    ReplyDelete
  3. kehidupan skarang ni da memang camtu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...