21 February 2010

15. Aku terlanjur dengan sepupu ku.



Acapkali kita mendengar atau membaca kes-kes sumbang mahram di negara Malaysia ini. Datuk rogol cucu. Adik rogol kakak. Malahan ada yg sanggup merogol mak atau anak sendiri. Astaghfirullah! 


Yang lebih menyedihkan lagi, fenomena remaja sekarang terutamanya remaja Melayu Islam yang sanggup menyerahkan mahkota berharga kepada lelaki yang digelarnya B, Sayang, Abang dsbg iaitu teman lelaki. Kadangkala bernanah jugak telinga aku mendengar mereka yang sah haram di sisi ugama untuk berduaan. Ada plak tu tak malu berpelukan di khalayak ramai. Rasa macam nak je aku tembak sekor-sekor dengan shotgun macam aku main Mafia Wars dulu. Hahaha.


Setepek! Benda ni terjadi kat aku juga. Betul kata orang, selagi iman tu goyah, selagi tu jugalah syaitan dan iblis akan membisikkan kata-kata berduri. Menyuruh manusia berbuat dosa. Huhuhu. Aku tidak terkecuali. Tapi bukan aku sengaja untuk terlanjur dengan sepupu ku itu. Nak buat macam mana, dia comel sangat. Geram tengok pipi dia yang gebu. Kulit nya mulus dan bibir mungil yang merah bak delima. 


Kalau korang pun akan tergugat iman jugak kan? Tengok aksi aku dan mereka ini.

 
 Pipi nya yg gebu sangat menggoncang iman. Kan? :P



Adoiyai. Nak ber wrestling dengan aku plak.


Senyuman nakal dan manja. Ah!



P.S: Itu lah dia sepupu-sepupu aku yg aku dah terlanjur menyayangi dorang. Cuti nanti abang balik layan korang k. Kita tengok Astro Ceria. Pocoyo dah tak dapat tengok, channel dah x subscribe.

28 comments:

  1. kahkahkah.
    gua pon syg gak sepupu gua.
    tp yg kecik2 la.
    yg da besa gua benci nk mmpos.

    wakaka

    ReplyDelete
  2. sayaBerd,
    Budak kecik sentiasa di hati ku. :)

    Zue,
    Tengok la abang sepupu dia. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. wahahaha.. wresling apisss!!! gedebak gedebuk, KO! :P

    ReplyDelete
  4. kes berat nih.

    kasi kat wa sepupu lu kalau lu xmau.

    wa pun da tak thn tgk.

    haha

    ReplyDelete
  5. la ngn budak kecik tu ke...terkezut kejap..hahahha...salam ziarah...

    ReplyDelete
  6. Mai,
    Hahaha. Danish tu memang suka panjat belakang. Pastu suka main gigit-gigit.

    Sadis,
    Bagi kat ko? No No No. Bagi aku rasa dulu, baru aku bagi kat ko. Muahahaha.

    Zoncapriku,
    Salam. Hehehe. Terkona ekau!

    ReplyDelete
  7. ko ni bakal bapak penyayang ni
    haha

    ReplyDelete
  8. hehe....sweet..... aku banyak main ngan anak sedara aku....anak2 jiran...
    kids are awesome!!!!

    ReplyDelete
  9. Ah Fatt,
    Amin. Tapi buat masa ni, masih takda bakal ibu nya. Hahaha.

    Cj'AlHafiz,
    Seronok kan layan telatah dorang. Kadang-kadang geram gak. Budak-budak ni degil (nak perhatian lebih). Ah! Bila lah aku dapat rasa besarkan anak-anak sendiri ya. Hahaha.

    ReplyDelete
  10. Salam..wah! baeknya die..
    Kirim cubit pipi sepupu tuh ye..
    p/s : nak buking jadi future husban boleh??

    ReplyDelete
  11. Hanafana,
    Salam jua.
    Kirim cubit? Hehehe. Nanti saya sampaikan.

    P.S: Booking? Dah isi borang belum ni? :P

    ReplyDelete
  12. Shah, kawin r...baru leh main ngan anak sndri....huhu..

    ReplyDelete
  13. Cj'AlHafiz,
    Takda calon lagi. Huhuhu. Aku tunggu ko naik pelamin dulu. Pastu baru turn aku. Hehehe.

    ReplyDelete
  14. title tu buat org fikr benda lain... hahaha

    aku takde sepupu yg kecik mcm tu... dah besar panjg semua..

    ReplyDelete
  15. title tu buat org fikr benda lain... hahaha

    aku takde sepupu yg kecik mcm tu... dah besar panjg semua..

    ReplyDelete
  16. Kyuubi85,
    Hahaha. Tu tips menulis entri yg menarik perhatian pembaca (daripada blogger otai). Lagi-lagi pembaca sekarang. Muahahaha.

    Actually tu la sepupu-sepupu aku yg paling bongsu. Tapi bakal dapat sepupu bongsu tak lama lagi. Maksu aku dah sarat mengandung. :)

    ReplyDelete
  17. hahaAa..
    tajuk tak tahan..
    nice br0!..mmG c0mel pun

    ReplyDelete
  18. ceh..
    ingt ke nk ckp psl kisah sepupu apa yg trlanjur btul2 tu..rupenye..?

    keh3x~

    ReplyDelete
  19. Azrai,
    Apa yg x tahan? Ko?
    Hahaha. Thanks (tumpang puji).
    :D

    Jane,
    Actually, terlanjur sebenar pun ada.
    Yg tu kena buat entri khas dan baru.
    Hohoho.

    FunFabulosity,
    Jangan puji dia lebih-lebih. Nanti dia bangga diri. Hahaha.

    ReplyDelete
  20. bGUSLA terlanjur sayang kt spupu,..

    tkot terlanjor yg xpatot2 aje,.

    ReplyDelete
  21. gediks!!!

    hahaha

    mukadimmah sedap dh...entry ni mmbawa mksud shahrul ni bapa yg penyayang...kna khwn cpt ni...haha

    ReplyDelete
  22. yela2...shahrul pun chumel...
    erk....!

    ReplyDelete
  23. Muhammad86,
    Hehehe. Tolong carikan calon bole? :P

    Zue,
    Erks! Hahaha :D

    ReplyDelete
  24. entry gedik...! :P bru je igt gosip panas..hak3 :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...