16 March 2010

27. Catatan: Restoran Super Segera 1.


Alhamdulillah. Aku baru je pulang dari keje kul 1.20 pagi tadi. Hujan tadi seolah-olah hujan rezeki buat aku dan juga makhluk-makhluk Allah yg lainnya. Syukur. :)


(mode: minum nescafe ais tapau dari tempat kerja.)


Ok. Baru idea muncul. Sebabnya? Banyak sangat yg aku nak ceritakan. Aku sangat bersetuju dengan pepatah 'Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.' Sangat kena dgn tema aku hari ni (15 Mac 2010: Isnin). Aku memang dah lama pasang niat utk kerja part-time ni tapi ada je perasaan dalaman yg kata tak payah. Pundek je kan perasaan dalaman aku tu. Hahaha.


Jam 4.35 petang tadi, aku dapat sms dari Mama. Begini ayatnya;

" Salam.shahrul nk buat part time mlm ni di Restoran Super Segera (bukan nama sebenar).1 jam rmX.boleh mula pukul 6ptg sehingga 12mlm.sila bg feedback secepat mungkin ye. "

Masa tu aku tak dapat nak reply sms Mama sebab takda kredit. Aku beragak-agak juga mulanya untuk menerima offer dari Mama tu.


Jam 5.50 petang, motosikal EX5 aku laju je meluncur ke Restoran Super Segera ni. Nak ikutkan aku dapat dua tempat yg nak part-time worker. Satu lagi kat BB Tomyam. Bila difikirkan balik job benefits yg aku akan dapat, aku rasa lebih baik aku terima yg Restoran Super Segera ni. Sebabnya aku cerita kemudian ok.


Nak dijadikan cerita, sampai je kat Restoran Super Segera ni, aku dapat call dari nombor 03-*******.

" Salam. Ni Shahrul ya. Akak dari Restoran X ni. Malam ni awak free tak? Boleh tak start keje jam 7? "

Aku terkesima sekejap. Buntu pun ya. Sebab peluang dapat bergolek-golek plak. Aku masih belum confirm dgn mana-mana restoran. Emmm. Dengan nada berat hati, aku terpaksa menolak tawaran dari akak tersebut. Huhuhu. Agak sedih juga. Tapi nak buat macam mana kan, nawaitu aku nak jugak ke Restoran Super Segera ni. Aku nekad. Ya.


Tapi setibanya aku di Restoran Super Segera ni, apa yg aku bayangkan dalam kotak akal fikiran aku ni, semuanya meleset. Indah khabar dari rupa. Huhuhu. :(


P.S: Petang tadi aku chat kat YM dengan classmate masa matrix dulu, cam celaka je. Kata aku banyak aweks. Padahal dia yg keliling pinggang. Cis!!! ( rindu giler kawan-kawan lama. adoyai. )

21 comments:

  1. ape yg xkene ngn restoran segera tuh,.

    ReplyDelete
  2. Alynn: Alhamdulillah. :)

    CikTi: Something somewhere.

    ReplyDelete
  3. ko ni mmg. keje sungoh2.
    jgn mkn gaji buta.
    wakaka

    ReplyDelete
  4. byknye pluang... indah kabo dari ghupe tu cane tuuu :) takpe aslkan semanagat ade koje mane2 pon masyukkkk..

    ReplyDelete
  5. Berd: Apa yg rock nya restoran tu? Aku pekerja contoh tau. Hahaha.

    deqya: not really masyuk deqya. skrg semua org nk cut cost. ekonomi x menentu.

    ReplyDelete
  6. mcD? yummy? so hows ur work ha?

    ReplyDelete
  7. bro..asal dgn restoren super segera tu???

    ReplyDelete
  8. ko telefon ler akak tu balik
    mana tau dia blh consider ko semula

    ReplyDelete
  9. bnyk tul rezki ko ek...bagus2...nnt leh ler blnja aku k...hehhe

    ReplyDelete
  10. meaB: not McD la dear. hihihi.

    hisham: nanti aku update entri kemudian. agak busy la. huhuhu.

    Luffy: aku sudah pun membuat keputusan. hahaha.

    zoncapriku: Alhamdulillah. ko la yg belanja aku.

    ReplyDelete
  11. mana restaurant ni nak lawat boleh cam best je

    ReplyDelete
  12. keje restoren tomyam lagi best. restoren segera ni makanan bukan best sangat

    ReplyDelete
  13. ikanbilis: hahaha. tak perlu la ko datang. tak pasal-pasal jumpa aku.

    a.shah: aku keje restoran super segera la. bukan fast-food restuarant.

    ReplyDelete
  14. ape yg indah kabar dr rupe tu shahrul? nk mcflurry 1 bole..? :P

    ReplyDelete
  15. Nani: Nanti akan dikupas dalam sambungan Catatan: Restoran Super Segera 2. Soon! :P

    ReplyDelete
  16. mcm symbol illuminati n freemason...
    minta tlg penulis elakkan gmbr spt nih...

    ReplyDelete
  17. mcm symbol illuminati n freemason...
    minta tlg penulis elakkan gmbr spt nih...

    ReplyDelete
  18. Anonymous: Mohon maaf. Tiada niat penulis utk menyebarkan unsur Freemason kepada pembaca. Terima kasih kerana memberi peringatan. Peace!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...