19 March 2010

28. Kurang ajar, gaduh dan membazir.



Pertama-tamanya nak ucapkan syukur Alhamdulillah atas rezeki yg aku dapat beberapa hari ni. :)


Kedua-duanya plak, nak mohon maaf kepada semua rakan bloggers sebab aku tak sempat nak drop comments kat entri kalian. Jangan risau. Aku baca entri korang dan akan komen. Peace! ;)


(I) Kurang ajar


Bekerja sebagai pembantu restoran makan aka waiter+cook sememangnya best bagi aku. Sebelum ni pengalaman sebagai waiter catering, lain gila kerja dia. Walaupun gaji tak semasyuk keje waiter catering tapi aku bersyukur. Dan apa yg aku perhatikan beberapa hari ni, aku dapat rumuskan bahawa kebanyakan orang Malaysia umumnya Melayu khususnya kurang ajar pabila mereka berada di restoran atau kedai makan. Mereka seolah-olah beranggapan bahawa waiter ni macam maid kat rumah je (ada ke maid?). Plak tu, sangat tak reti nak senyum. Apatah lagi berbudi bahasa. Aku sebagai orang Melayu Islam sangat malu dengan mereka ni. No wonder negara Malaysia masih lagi tersenarai dalam negara mentaliti kelas tiga. *sigh* :(



(II) Gaduh

Sekadar gambar hiasan.

Malam kelmarin, terdapat pergaduhan antara dua budak lelaki (not really budak. umur dalam lingkungan pertengahan 20an). Dan terpaksalah aku tolong tenangkan seorang brader tu. Kelakar pun ada jugak. Aku pegang dia kuat-kuat time tu, taknak bagi dia tumbuk membe dia. Puncanya? Apa lagi kalau bukan sebab perempuan. Sangat tak matang. Adoi. Bunga bersepah gila kat dunia ni. Nak bunga mawar, kekwa, matahari, dan tahi ayam pun ada. Muahahaha. :D


(III) Membazir


Isu ni rasanya dah sangat lame. Tapi mungkin masyarakat Malaysia tak nampak. Sebab negara kita kaya dengan pelbagai jenis sumber asli. Tak kisah lah sumber apa. Makanan ke air ke hutan ke dll. Tapi dari aspek tempat aku bekerja, gejala membazir makanan dan minuman sangat ketara. Satu malam je almost 5kg leftovers atau sisa makanan dibuang. Ni baru satu restoran. Bayangkan ada berapa banyak restoran kat Malaysia ni. Contoh la ada 1,000 restoran. 1,000 X 5kg = 5, 000kg. Pergh! Banyak gila tu pembaziran. Orang-orang kat Afrika dan negara-negara dunia ketiga banyak yg kebuluran. Huhuhu. Zalimnya orang Malaysia kan. Kat akhirat nanti mesti kena soal sorang-sorang. Siaplah. Dan lagi satu, kawasan pelupusan sisa pepejal kat negara kita sudah semakin berkurangan disebabkan banyak sangat sampah yg dihasilkan oleh masyarakat yg bodoh dan bangang tak reti-reti nak recycle, reuse, etc. Kasihan goverment buat kempen tapi kebodohan masyarakat tetap sama. Aku rasa nak tunggu rumah dorang tenggelam dek sampah, baru nak sedar kot. Dan itu tidak mustahil untuk berlaku dalam masa 10-50 tahun.


P.S: Aku rasa ni sahaja aku nak bebel dulu buat masa ni. Badan sangat penat. Siapa makan cili terasa pedasnya. Hehehe.

20 comments:

  1. hm. Mungkin impression org kita kalau datang kedai melayu, servis nanti mesti lambat. Itu sebab malas nak senyum suma.

    Tapi kena tau gak. Nak masak masakan melayu ni bukannye senang. Leceh. Orang yang masak tau la. Betul tak?

    ReplyDelete
  2. salam

    aku tk mkn cili tp pedas tu rs sket2..hahaha

    ekceli, aku pnah gi satu kdai mkn ni, waiter dia tanye cm nk gadoh, bengis..mn ktorg nk senyum..
    tp ktorg nganjeng gk brader tu..last2 bliau senyum..haha

    tp bro, slalu aku gi kedai mkn, waiter yg muka ketat dlu..

    jenis ni, aku tanak dtg dh kedai dia walopn sedap..

    psl membazir tu, aku nk jd bias jp..
    pmpuan slalu mkn tk abes kn? ce ko research sket..

    tang gadoh tu kalo psl pmpuan mmg lahanat la..no point. tp tula punca gadoh slalunye kn?


    apepn bro, aku gumbira utk ko. Syukur Alhmdulilah.

    :)

    ReplyDelete
  3. sbb tu lah kite masih digelat mentaliti kelas ke 3..~ hohoho

    ReplyDelete
  4. ehem..kat restoran mana nieh? blh la akak singgah2 nanti..

    ReplyDelete
  5. ArifShah: Tahu pun ko. Masakan melayu memang leceh. Geram dgn customer yg membandingkan fast-food restuarant dgn restoran masakan melayu. Kalau nak cepat, masak sendiri la. Huh.

    Sup: InshaAllah, layanan aku tip top. Senyum sentiasa. Hahaha. Perempuan? Hahaha. Nanti aku buat selidikan dulu ya. Thanks. Alhamdulillah. :)

    Nani: Ya. Salah satu puncanya la tu.

    ReplyDelete
  6. Salam :)

    Fana pon penah kerja sebagai waitress..besh..
    Ouh! rezeki masuk hari nih ye!
    Moh belanjew!

    ReplyDelete
  7. biasela org melayu..tapi pelik ahh..zmn sekarang kan laki lagi sikit dari pompuan..ape mau takut..boleh kawen 4 la.

    ReplyDelete
  8. Shazzy!!! haha....aku nk panggil ko shazzy ja bro... sinkof tuk shahrul hafizi. wakakaka!!!!

    @kurang ajar:
    memang sangat bengang kalo kita ja yang melebih2 muka manis sedangkan org tu ttp buat kurang ajar. haha!! kdg aku pun bengang ngan penjaga kaunter mana2 tempat yang tak tahu nak berbudi bahasa..gerek seyh...trus aku ada pndgn negatif bila lihat muka mencuka...diorg gak yg tercemar reputasi..ye dok??

    @Gaduh
    Adeh...lame reason tuk gadoh. kalo gaduh sebab masing masing nak markah tinggi lam exam kan bagus. ni gaduh sbb gal. tetiba gal tu kahwin ngan jantan lain. dua2 melompong...so, gaduh watpe kan..?? haha!!

    @Membazir
    adeh...ni cam crita gambar post terbaru aku. kadang kita ni sesuka hati ja me,mbazir. ye la...makan kits senang dapat. kalo dak2 kat africa tu...byk yg mulnutrition... ada kita pk?? ada?? ada?? aku pun kdg2 tak gak terpikir....adesh...

    ReplyDelete
  9. u r my best blogger friend!! (CJ's BBF)

    ReplyDelete
  10. salam...sedihlah aku tgk budak2 kt tmpt bakar smpah tu...\

    ReplyDelete
  11. hehe
    banyak ko belajar kat situ ya

    ReplyDelete
  12. ko kje kt ne?

    org tua pon gadoh gak psl bf n gf.. so.. payah nk wtpe kot

    (-______-)

    ReplyDelete
  13. salam ziarah..
    waaAaa..
    bebelan bermanfaat br0..
    agreed with u..
    kalu terus2an buat hal yG dianggap remeh nie, jangan harap la mentaliti kita nak maju..

    ReplyDelete
  14. Fana: Moh! Aok datang la Bangi. Baru koi bule belanja aok. Hihihi.

    deqya: Hahaha. Awak sanggup ke bermadu empat?

    CJ: Hahaha. Ikut suka ko la nak panggil Shazzy ke apa. Jangan nama yg tak elok sudah. Blogger's BFF? Wah! Terharu seh aku. :)

    Hisham: Tu la pasal. Rasa geram dgn org-org kita yg suka buang makanan dan minuman sesuka hati. Isk3.

    Luffy: Alhamdulillah. :)

    CikWanik: Keje kat Bangi je. Tu la. Kalau gaduh sebab bini curang, logik la jugak. Ni sebab gf. Entah papeje.

    ReplyDelete
  15. aku paling menyampah tgok budak2 gaduh

    ReplyDelete
  16. shahrul, takde org nak bunga tahi ayam. wakaka
    pasal pembaziran tu, aku stuju dgn ko. knpa rakyat negara kita ni suka sgt membazir kan?

    ReplyDelete
  17. hans: Jangan menyampah je. kena tolong leraikan. Peace!

    kyuubi_85: Bunga tahi ayam tu sekadar perlambangan je bro. Hahaha. Tepuk dada tanya selera. Peace!

    ReplyDelete
  18. sj je nak menyakat unga tahi ayam.. haha

    ReplyDelete
  19. -biarla diorg blagak bro..yg penting ko trus senyum kat diorg n layan ngn mesra..mana tau lama2 diorg akn sedar...
    -Bagus la ko bro..brani tuk meleraikn pergaduhn...bagus2..
    -membazir???hurmmm sememngnya sifat2 manusia akhir zaman..suka sgt mmbazir mkann...pening2..

    ReplyDelete
  20. kyuubi_85: hahaha. takda hal.

    zoncapriku: tu la kan. membantu menguatkan daya kesabaran aku keje ni. hahaha. dorang sempat tumbuk beberapa biji je. kalau dorang guna parang ke apa, tak berani aku. huhuhu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...