10 May 2010

39. Bertukang(1), Damir & Danish.


Harini aku dah hantar tesis ke Pusat Pengajian. Akhirnya. Harapnya lusa aku dah boleh viva. Nak settlekan cepat-cepat. Dah la aku sorang paling lewat. Memang cari nahas. Lantak lah! Huhuhu.


Balik dari fakulti, aku singgah library pulangkan 4 buah buku rujukan yg dipinjam. Pastu pinjam plak 2 buah buku pasal Drawing & Watercolor. Sejak aku habis SPM, aku dah kurang melukis dan buat artworks. Hobi lama aku tu dah makin pudar. Tak boleh jadi ni. Aku nak asah balik bakat yg ada. Nanti ada anak sendiri, boleh ajar lukis kat rumah kan. Hehehe.


Selesai hal di library, aku balik umah. Sebelum tu, aku singgah kedai hardware. Beli gergaji potong, cat kayu dll. Habis RM 50.00. Takpe. Gergaji tu memang berkualiti. Harga RM 30.00 tapi taukeh bagi RM 26.00. Mungkin disebabkan keramahan aku kot. Hehehe.


Disebabkan cuaca tak mengizinkan, aku terpaksa menunda kerja menukang hingga jam 6.30 petang. 


Kayu yg asalnya tempat letak keyboard kt meja komputer.
Aksesori yg ada dicabut menggunakan tukul dan pemutar skru.


Selepas ukuran dibuat, kayu dipotong dua.
Malangnya, tak berapa simetrikal.
Almaklum, dah lama tak bertukang. Hahaha.


Bucu kayu digosok dgn kertas pasir.
Bagi melicinkan permukaan yg dipotong tadi.


Kayu sedia untuk dicat.
Disebabkan dah 'bang', aku stop keje.
Sambung esok. Ngeee.


Malam aku ke rumah Ocu. Depan umah aku je. Hantar si Damir yg lepak umah aku. Seronok melayan karenah budak-budak ni. Aku tolong tengok PC Ocu aku. Processor ok dah. Tapi RAM slow sangat. 256MB. Memang tak lepas la nak main games grafik tinggi ni. Sambil-sambil tu, duk layan Danish & Damir. Adoi. Sabar jela. Nanti ada anak sendiri hari-hari kena layan. Hohoho.


Damir mengadu kat aku yg kaki dia luka.
Dibuat abangnya. Nak kena puk si Danish ni.
Hehehe.


Melayan karenah Danish yg nakal giler!
Plak tu, suka belasah adik dia.
Adoiyai.


Esok petang lepas siap bertukang, nak bawak budak-budak ni g taman permainan. Asyik duk rumah je. Bagi dorang beriadah di luar plak. Ngeee.

11 comments:

  1. comel tul.. suke belasah adik? hehe, tu bukan huraian utk gambar kn? ehhh

    ReplyDelete
  2. aku jamin. kau memang lelaki berhati penyayang. tak tahu mengapa.

    ReplyDelete
  3. hahaha..kalau ada adik beradik dekat2 lelaki, konfem selalu pukul memukul. aidi pon selalu gak saje hasut sorang suruh pukul sorang lagi. :P

    ReplyDelete
  4. salam

    ko suke budak2 ke bro?
    mcm tk cye je..
    jgn2 ko lelaki kucing...

    kehkehkeh~

    ReplyDelete
  5. hurm...look like nice n caring person... that person is lucky to have u...he3

    ReplyDelete
  6. nick irfan: thanks! :)

    nur-al-Ain: bukan. tu gambar tuan blog dgn Danish la. hehehe.

    berd: ko baru tahu ke? :P

    ReplyDelete
  7. aidi safuan: hahaha. tak baik cmtu.

    yusuf: aku kan penyayang. mestilah. ada ciri-ciri bapa penyayang x? hehehe. lelaki kucing? apa tu?

    muhammad86: that person? aku single la bro.

    ReplyDelete
  8. ko nk wat apa kayu tu??? bertukang ada kepuasan sendiri..tp...kalau jadi la..ahahaha

    ReplyDelete
  9. nand: tapi tak berkemampuan lagi. plus takda calon la. Huhuhu.

    Hemy: ko tengok jela nanti ya. inshaAllah esok hasilnya boleh dilihat. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...