02 June 2010

44. Penanam Anggur Yg Bajet Busy & Aweks.



Salam alaik & Salam perpaduan.


Harap kalian semua sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah aku sihat. Tapi ubat belum makan lagi. Awek (skandal) sudah bising suruh makan ubat. Hahaha.


Sorry ya sebab lama tak update. Aku tahu korang jenguk blog aku hari-hari (mode: bajet ensem walaupun hakikatnya memang ensem). Hahaha. Nak buat macam mana, aku penanam anggur yg busy sokmo. Appointment sana sini. Tak termasuk date dan blind date lagi. Muahahaha.


27.05.2010 (Khamis): 
Blind date.Boleh tahan awek ni tapi bukan taste aku la. Plus terlalu outspoken. Aku nak yg lemah-lembut, sopan dan sweet. Boleh plak lepas je habis date tu, dia kata minat kat aku. Siap cerita kisah silam dia dgn ex bf nya yg kecundang sebab ex bf dia kasanova. Hahaha.


28.05.2010 (Jumaat):
Balik kampung jam 10am dgn abang dan adik aku. Naik kete mak aku. Parents aku naik kete bapak aku. Macam biasa dan boleh diagak jam kat jalan MRR2 area Pandan Indah sebab atas tu ada traffic light. Yg geramnya jam balik lepas masuk highway Karak. Adoi. Rupanya bukak dua jalan je. Ada sebijik kereta MPV ni guna lorong kiri (bajet nak laju). Tiba-tiba masuk ke lorong tengah dengan mengejut. Abang aku memang tak bagi (ditambah dgn api dari aku). Hahaha. Pastu kereta MPV tu hon-hon tak puas hati la kononnya. Bangsa apa pemandunya aku tak perlu nak gtau la. Karang jadi isu plak. Tak sampai 100 meter, polis peronda lebuhraya dari jauh dah tiup-tiup wisel dan suruh kereta MPV tu berhenti. Padan muka! Aku bukan tingkap kereta seraya abang aku tunjuk tanda 'Good!' kat kereta MPV. Hahaha. Solat Jumaat kat Temerloh. Gila ah! Panas gila. Habis solat je aku pakai crocs tiruan aku tu melecur kaki. Sampai Kuantan jam 5-6pm camtu la. Lepas maghrib ke umah Pak Ngah aku berarak dari situ ke Balok. Sepupu aku kahwin. Dan aku dipertanggungjawabkan jadi cameran terjun (mengejut). Ada sorang awek camerawoman ni (sepupu pengantin perempuan) duk mengayat aku. Susah betul jadi lelaki kacak ni. Ada je awek nak ngorat. Hahaha. Balik dari majlis akad nikah yg selesai dgn sekali lafaz, aku dgn famili aku ke Tanjung Lumpur makan ikan kerapu bakar, sotong goreng tepung, tomyam ayam, kerang bakar dll. Sebabnya aku langsung tak makan kat rumah pengantin tu. Busy tangkap gambar sana-sini. Sempat sambar air oren je. Plus lauk-pauk bukan selera aku. Abah aku ajak lepak TC (Telok Cempedak) lepas habis supper-dinner tu, tapi hujan plak. Balik aku terus tidur.



29.05.2010 (Sabtu):
Jam 10am check-out dari Rest House Annexe ke umah Pak Ngah aku. Kemudian berarak dari situ berpuluh biji kereta dan sebuah bas ke dewan di Balok. Konvoi habis-habisan. Hahaha. Aku pass DSLR kat husband sepupu aku. Malas la nak poyo-poyo guna. Tak hebat pun. Aku guna kamera digital ofis bapak aku je. Alhamdulillah. Menu hari besar ni best. Udang ada. Ayam ada. Daging ada. Bertambah aku makan. Siap paw lauk dari meja pengantin. Hahaha. Memang balas dendam lah. Selesai semua, aku dan famili bla dari tempat kejadian. Singgah kat banglo Ceklong di Beserah. Sempat tido jap kat sofa ruang tamu. Hahaha. Kemudian terus ke Chenor. Oh! Kampung ku tercinta. Aku stay kampung sampai Ahad. Abang aku dan adik aku balik semula ke KL. Aku nak tolong kemas umah parents aku kat kampung ni. Tebas lalang, tanam pokok pucuk ubi dll. Ya. Aku tahu aku calon menantu idaman. Hahaha.


30.05.2010 (Ahad):
Harini misi mengemas rumah parents aku kat kampung bersambung. Tak sabar nak tunggu bapak aku pencen dan parents aku settle down kat sini. Dorang suruh aku buat pelan kasar utk rumah (banglo) dorang nanti. Yg penting dapur luas ada kering basah dan ada bilik solat berpili air. Mak aku kata, "Nanti mak dah meninggal, senang nak mandikan ma. Takda la macam sesetengah orang tu mandi jenazah kat beranda umah." Adoi. Mak aku ni suka cakap benda-benda camtu. Abah aku memang tak suka. Aku pun. Yelah. Bab mati-mati ni. Seriau aku. Dah la dua-tiga hari ni, kawan mak aku tiga orang meninggal dunia, orang kampung sorang meninggal dunia. Dipendekkan cerita, ahad malam lepas isyak aku dan parents balik ke KL ditumpangi sorang awek (anak orang kampung) yg belajar kat Seri Kembangan. Terpaksa la hantar awek ni ke rumah sewanya. 


31.05.2010 (Isnin):
Harini date dgn Zulaina. Actually kenal awek ni through blog. Tahun lepas jumpa dia. Ni kali ketiga kuar dgn dia. Hehehe. Lepaking. Borak-borak. Harini Zulaina MC. Jangan risau. Aku dgn dia takda apa-apa plus dia dah ada calon. Hehehe. Pastu jumpa dgn bekas rakan sekerja Zulaina ni, Farid. Lepaking lagi. Hahaha. Dan hari ni memang sangat kelakar! Serius! Pecah perut aku dibuatnya. Bonda, bonda. Kelakar lah! Apa yg kelakar sangat? Nanti aku citer pada entri akan datang.


01.05.2010 (Selasa):
Harini? Emmm. Bangun agak lewat penangan ubat. Tido mati. Siang duk melayan telatah adik-adik saudara, Danish (5tahun) dan Damir (3tahun). Suap makan la apa la. Nasib baik aku berjiwa kebapaan. So, takda masalah sangat. Sekali lagi, makcik-makcik di luar sana, undilah saya sebagai menantu pilihan anda. Hehehe. Petang hujan lebat, membuta jelah. Hahaha. Malam tadi blind date lagi. Dgn awek area umah aku. Boleh tahan hot. Ngehehehe. No further comments. Muahahaha.


Gila Ah! Panjang giler karangan aku. Macam cerpen dalam buku Seuntai Kata Untuk Dirasa plak. Hahaha. Kalau cikgu BM baca mesti dapat A+ kan. Pelik aku dgn pengredan akademik menengah sekarang. Ada A+, A, A- dsbg. Nak tiru university style tapi pelik ada A+. Hahaha. Dah, dah. Stop mengarang. Nanti ada orang loya plak tekak membaca. Ciaou.


P.S: Esok pagi mahu ke Mid, blind date dgn awek Kajang plak. Jangan jeles. 3:)

13 comments:

  1. awek saje.. hihiihihi... esok nak g mid jugak lah!!!!!

    ReplyDelete
  2. awek saje.. hihiihihi... esok nak g mid jugak lah!!!!!

    ReplyDelete
  3. amboi shahrul...byk blind date ek..hehe... gud luck k!

    ReplyDelete
  4. ko kasi pink perkataan awek tu..mesti maksudnya mak kau..ahahahaha - komen jeles

    ReplyDelete
  5. miya: g mid tak semalam?

    kak faiz: hehehe. thanks sis. :)

    Hemy: kalau mak aku, aku tulis sebagai bonda. ko memang sah jeles. takkan baru panas enjin, ko nak cari sparepart lain dah. hahaha.

    ReplyDelete
  6. awek..? wahh..~ curangn ngn nand...haha! :p
    derr~

    ReplyDelete
  7. salam bro

    wtpe blind2 ni..haha
    soh mak cari..kawen cepat2!

    hahaha

    ReplyDelete
  8. bro, kalu ade awek lebih hulur² lah kat sini. wahahaha..

    org kata berkawan biar seribu, berawek biar seratus, berkasih biar satu.hehe..

    selamat mencari cinta.

    ReplyDelete
  9. salam ziarah..
    h0hoo..ramai sungguh aweks mu yer br0..dalam diam2.. kalu cam nie ak kena bekerja keras lg la, tak ley kalah nie..ahakss!

    ReplyDelete
  10. kaki awek la lu nie der!!!!
    tp perpada2...hahah..
    kantoi padan muke!!!

    * sila bce seperti pantun 3 kerat yea.
    (^^^)

    ReplyDelete
  11. Nand: I x curang. I cuma kesunyian. U busy sangat kat site.

    Yusuf: Aku penanam anggur la bro. Nak bagi anak bini nanti makan apa? :(

    Bro Penyu: Ceh! Bro jangan nak buat hal. Takkan bro nak pakai barang secondhand utk buat bini ke2-4? Hahaha. Saya tak mencari cinta tapi cinta yg duk kejar saya. Hahaha.

    Azrai: Hahaha. Aku tak dapat kalahkan ko bro. Ko sifu aku. Tabik!

    Nurul Hawa: Kantoi dgn siapa? :P

    ReplyDelete
  12. rasa mcm nk kira brape jumlah pkataan awek tu tp takde hadiah la plak. hahaahhahha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...