22 August 2010

54. Hidup Seorang Blogger



Baca tajuk sahaja korang harap maklum yang aku menyertai pertandingan maya SEO Hidup Seorang Blogger yang dianjurkan oleh laman web popular Denaihati. Sekadar mahu mencuba tuah.


Murah hati giler owner Denaihati ni. Bukan sedikit hadiah wang tunai untuk dimenangi. RM 2,750 beb. Banyak tu. Sponsor dia pun bukan calang-calang company, eQurban.com tu. Mantap la. Kalau aku menang memang masyuk la. Ada tiga kategori RM300, RM150 dan RM100. Kira duit raya la kan. Sape taknak memang rugi.


Rata-rata bloggers yang join contest ni adalah otai-otai; bang Long, kak Long semua ada. Entah-entah Ayahanda pun ada. Aku sekadar mahu menyahut cabaran menandingi mereka. Mampu ke? WauAllahhuAlam. Semua tu rezeki. Aku ada buat selidikan dan pantauan secara kasar sejak pagi tadi. Sebabnya aku masih buntu apa yg perlu aku tulis untuk contest Hidup Seorang Blogger ni.


Aku kalau nak ceritakan sirah hidup aku sebagai blogger memang failed! Sejarah PMR aku dapat B, SPM plak aku dapat 3B. Aku rasa memang tak pernah dapat A. Hehehe. Apa yang aku nak kongsikan ialah 'Apa yang bestnya jadi bloggers ni?'. Antaranya;


  • Belajar dan dapat ilmu baru iaitu blogging dan serba sedikit berkenaan penjanaan duit melalui internet. Aku tak mahu cakap banyak pasal ni sebabnya aku masih amatuer. Sobsobsob.
  • Sejak jadi blogger ni, aku dah tambah kenalan samada secara maya atau realiti. Adalah beberapa orang bloggers yang aku dah jumpa (Rajah 1). Best!
  • Permantapkan penulisan. Aku ni bab menulis memang lemah. Dulu aku suspek BM aku dapat B sebab aku rasa part karangan aku memang hancur. Sekali dapat A jugak. Rezeki. Alhamdulillah.
  • Membuka minda dan perkongsian pandangan. Kalau korang perasan secara sedar dan tidak, melalui blog ni korang menjadi lebih matang secara pemikiran mahupun tindak-tanduk. Hal ini kerana kebanyakan bloggers otai adalah mereka yg lebih berusia. 
  • Dan secara tidak langsung juga, korang belajar menerima pandangan orang sekeliling dan bersedia untuk menerima sebarang teguran. Ini penting kerana bagi aku setiap saat adalah proses pembelajaran dan pengajaran. 


Aku rasa terlalu banyak kelebihan jadi bloggers ni. Bagi mereka yang join Nuffnang macam aku ni, korang dapat income sampingan. Aku masih belum layak cashout. Baru je beberapa ringgit. Sadis. Hahaha. 


Apa-apa pun, semuanya bergantung pada niat individu itu sendiri. Dalam Islam juga menitikberatkan soal niat atau nawaitu sebelum kita melaksanakan sesuatu pekerjaan. Macam sekarang ni kita berpuasa mestilah sudah berniat kan. Walaubagaimanapun, niat haruslah selari dengan tindakan. Bak kata pepatah, 'Matlamat tidak menghalalkan cara'.


Kepada penganjur contest Hidup Seorang Blogger, "Ada tak hadiah saguhati kepada blogger amatuer macam aku ni? Huhuhu. Aku tak habis mengaji lagi pasal SEO dan pagerank semua tu. Waaa!"


Ini bukan bodek. Bukan kipas. Sekadar request hadiah saguhati tambahan. Muahahaha.


Lampiran:
Sebahagian bloggers yg sempat aku jumpa. Best!
Mesti korang perasan sesetengah dari mereka kan. Hehehe.
Gambar ni diimport dari blog lama yg dah expired. Sobsobsob.
Masa ni di Uptown Shah Alam. Window shopping je. Hahaha.
Sham, player sial dia ni. Kena belajar tips dari dia. Hahaha.
Zue, dah banyak kali jumpa dia borak-borak. Sweet orangnya. Ada sape-sape nak masuk line, contact aku ya. Hehehe.


Tamat.


Pesanan daripada aku kepada semua yg join contest Hidup Seorang Blogger, bersainglah secara sihat dan berhemah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...