02 August 2010

49. Kelakar. Memang Kelakar.



Adoiyai. Baru ada masa dan mood yg sesuai untuk menulis. Minggu lepas agak sibuk.


1. Menyelesaikan saman di IPD Kajang.
2. Mengemaskini data kualiti udara Chukai.
3. Memuat turun jurnal-jurnal berkenaan kualiti udara.
4. Memulakan penulisan utk kajian macromoth di Gunung Belumut.


Sabtu, aku teman coursemates aku ke Jusco membeli-belah baju utk konvo nanti. Nasib baik aku dah siap beli awal-awal. Takdela banyak duit aku habis. Hahaha. Ahadnya pula, aku menemankan B dan Balqis ke Kuang. Mereka membuat kajian kualiti udara di sana. Akulah juga yg jadi pemandunya. Padahal aku bukannya tahu jalan pun. Tengok google map, dapatkan gambaran kasar dan pada hari kejadian, GAMBLE je. Hahaha.  Banyak juga kilang simen dan kuari di Kuang ni. Dengan MyVi B ni aku redah je masuk kawasan industri dan kuari. Kami ke kilang simen Cima di Pekan Kuang. Sangkanya kilang memproses, rupanya kilang transfer je. Kilang proses simennya nun di utara Perlis. Seronok borak dgn pak guard situ. Ramah. Bujang. Kata beliau lah. Sebab orang rumahnya duk Mentakab. Hahaha. Siot je pakcik tu kan. Pakcik Bahrain namanya. Melalui risikan daripada beliau, kilang proses simen yg besar ada di Rawang. 


Aku pun drive la ke Rawang. Entah macam mana boleh terlajak ke Sg Buloh (kawasan pembinaan kampus baru UiTM). Lepas tanya direction dari abg guard situ. Aku pun meneruskan perjalanan ke Kepong sebab bro tu kata kena ikut Kepong. Aku redah jelah. Hahaha. Entah macam mana, terlajak ke Batu Caves pula. Hahaha. Nasib baik ada brader teksi tolong. Masa tu tengah lampu merah. Kebetulan teksi tu sebelah kete aku. Aku bukak tingkap, tanya brader tu. Semangat brader tu nak tolong, dia siap bawak slow-slow tunggu aku dan kat tengah-tengah Bulatan Batu Caves tu dia siap tunjuk arah jalan aku patut masuk (sebabnya dia ke arah lain). Kelakar gila. Aku hanya mampu senyum dan hon tanda terima kasih.


Alhamdulillah. Jalan yg aku lalu adalah betul dan tepat. Kilang simen besar di Rawang sudah sayup kelihatan. Nak dijadikan cerita, jalan tiba-tiba jam. Aku duk line kiri sekali. Entah macam mana, ada van potong kiri plak. Memang celaka la kan. Aku bukan senang dibuli. Aku memang cucuk depan. Dan himpit ke kiri supaya dia takda ruang. Dan tepat van tu sebelah aku. Brader dalam tu dah cuak dan malu. Sebab salah dia kan. Yang kelakarnya, dia jelir lidah macam budak kecik yg kemaluan. Hahaha. Salah orang la bro ko nak buat taik dgn aku. Tapi sebab terhibur dgn adegan jelir lidah dia, aku bagi jela dia potong sebab van dia betul-betul dah kat tebing. Mahu jatuh dalam anak sungai. Hahaha.


Dan, adik sepupuku; Danish pun ada kata kat aku masa aku tengah nak tidurkan dia " Abang Iji kelakarlah."


Aku hanya mampu tersenyum. Ada juga ya sense of humour dlm diri aku.

4 comments:

  1. haha bro. brader tu nak mengorat lu tu. lu ni jangan nak buat jual mahal lah. kehkeh

    bila grad bro. congrate awal2. haha

    ReplyDelete
  2. hahaha. jelir lidah? mmg mcm bdk2.

    berd, apesal gua rase komen lu mcm plek je bunyiknye?

    ReplyDelete
  3. lorh sengal je driver van tuu...
    malu da teramat sgt laa tuu...
    hiks:)

    ReplyDelete
  4. Berd: siot lu. entah-entah brader tu adalah lu. tu pasal lu kemaluan tengok aku yg kacak ni. hahaha.

    bukan penggoda: tu la pasal. macam budak kecik yg sedang malu. jangan layan Berd si kaki seks tu. hahaha.

    n@jwamz: hehehe. tu la kan. sengal nak mampos.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...