12 August 2010

51. Mereka mencurah, aku menyedut.


Kaki ponteng kuliah. WANTED!



 " Shahrul, don't give up. I know you can do it. You are a good son. "

Kata-kata ini sentiasa dan akan terngiang dalam halwa telinga ku ini sampai bila-bila. Aku berterima kasih pada beliau kerana telah memberi dorongan yang kuat dan juga curahan ilmu yang padu walaupun beliau sangat sibuk dengan tugasan. Aku hampir putus asa untuk menghabiskan pengajian dalam tempoh tiga tahun. Saat itu dugaan datang satu persatu. Namun, aku tetap tersenyum di hadapan kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Aku tidak suka meraih dan diraih simpati. Bukanlah mahu berlagak atau apa. Tetapi saat itu aku merasakan aku sudah cukup menyusahkan orang sekeliling. Apa pun, aku akan buktikan bahawa anak didikmu ini bukanlah sembarangan anak didik.

Jasamu ku kenang, terima kasih tidak terhingga; 
Prof. Dr. Maimon Abdullah
Penyelia tesis ku merangkap 'ibu' ku.


" Tiada benda yang senang di dalam hidup ini. "

Garang. Perkataan yang seringkali digambarkan oleh rakan-rakan ku malah juniors. Aku tidak menafikan dan tidak juga mengiyakannya. Bagi aku, beliau seorang yang tegas dan lembut. Bak kata orang, kena pandai main suis. Jangan sampai wayar tercabut. Rentetan hidup beliau yang bermula dan berakhir di tempat beliau menuntut ilmu adalah sesuatu yang luar biasa. Bekerja dengan beliau (sekarang) adalah sangat menyeronokkan. Macam-macam pengalaman dan ilmu aku pelajari. Daripada serangga nokturnal, nyamuk, kualiti udara dan lain-lain.

Halalkan ilmu yang dikau curahkan;
Dr. Norela Sulaiman
Penyelia bersama tesis ku merangkap boss sekarang.


" It's OK Shahrul. I know you are a good student. Your ability is known. "

Walaupun adakalanya aku rasa meluat dengan cara beliau bekerja tetapi aku tahu beliau merupakan seorang yang baik dan memahami. Terkenal dengan sifatnya yang tegas, beliau bukanlah lelaki tidak berhati perut. Aku tidak kisahlah praktikal ku dahulu hanya mendapat B disebabkan beliau setelah aku berpenat lelah di Institut Biodiversiti Kebangsaan. Aku tidak kisah. Kerana beliau lah juga tempat aku mencedok ilmu. Aku suka cara beliau mengajar. Beliau suka bertanya di dalam kelas. Dan suka mencabar pelajarnya. Ya. Aku adalah berkebolehan. Yang penting, usaha dan tawakal. 

Thanks and thanks;
Dr. Ahmad Abas Kutty
Pemeriksa tesis ku.


" Shamsul, impian kenalah besar dan tinggi. "

Setiap kali kelas beliau, aku seorang sahaja yang di attack. Di tanya itu ini. Hanya aku seorang yang ditanya atau ditegurnya walaupun di dalam kelas ku ada hampir 25 orang pelajar. Ya. Aku seorang sahaja yang diiingati nama oleh beliau. Salah plak tu. Dipanggil juga Shamsul walaupun aku sudah berkali-kali membetulkannya di dalam kelas setiap kali beliau menyebut nama ku. Dan jika aku [cuba] ponteng kelas beliau, beliau akan menelefon ku. Adoi. Memang kena datang setiap kelas beliau. Walaupun ada sekali itu, cuma enam pelajar sahaja yang hadir (termasuk aku selepas beliau call). Aku masih ingat lagi pada ketika beliau bertanya pada ku kereta idaman ku. Aku memang minat giler dengan Satria GTi. Jadi, aku sebut lah. Beliau terkejut dan marah. Beliau kata, " Kawe ingat mu punya keto impian, Ferrari ko BMW ko. " Adeh! Kena setepek. Ya. Beliau berasal dari Kelantan. Tapi aku tidak. Aku Pahangese. Tapi agak sedih kerana subjek yang aku ambil dengan beliau cuma mendapat B+ sahaja. Huhuhu.

Terima kasih Ayahanda (PokTeh);
Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad
Pensyarah otai. Pakar tumbuhan.



Terima kasih juga buat semua pensyarah-pensyarah lain, pembantu-pembantu makmal, kakitangan Pusat Pengajian, Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia (JPSM), pihak Universiti serta tidak lupa pensyarah-pensyarah di Matrikulasi Melaka dan juga guru-guru MRSM Transkrian, SM Teknik Teluk Intan, SMK Petaling, SK Taman Midah (1) dan SK Maran. Akan ku gunakan ilmu sebaiknya. 

InshaAllah.

10 comments:

  1. i like comment no.3 & 4(shamsul....haha =p)

    nway, congratulation!

    ReplyDelete
  2. aku nye final year project, thesis..fuh.indah je...tak terduga sangat pn..sebab aku prepare slowly but efficiently

    ReplyDelete
  3. Nad:

    Hahaha. Siot je kan panggil i Shamsul. Plak attack i je. U yg comel dalam kelas, dia x pandang pun.

    ReplyDelete
  4. tesis tu gua terbaca testis tadi.

    maaf.

    ReplyDelete
  5. Lan Bingka:

    Thanks bro. Biasa-biasa je.

    ReplyDelete
  6. Berd:

    Siot je ko ni. Ko nak makan testis lembu tak?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...