Hampir seminggu aku tak update blog walaupun hampir hari-hari aku menjengah ke blog bloggers lain. Kekangan masa dan idea buatkan aku kurang fokus untuk update. Sorry ya. Isnin haritu aku ke Wangsa Maju Sek1 selepas kerja jam 5 dari Bangi naik moto. Dah la hujan. Mungkin sebab tu kepala aku sakit. Sampaikan semalam aku off keje. Tak amik MC pun. Hehehe.
Seperti tahun-tahun lalu, mak aku akan buat kuih raya untuk dijual. Dan sebagai anak bujangnya yg baik hati lagi kacak ni, aku lah yg jadi assistant beliau. Bab bancuhan dan buat kuih tu, aku serah pada beliau 100%. Aku tumpukan pada bahagian decorating kuih, packaging dan promotion. Jualan tahun lepas agak memberangsangkan.
*Wila Cookies 100% Homemade. |
Alhamdulillah.
Tempahan tahun ni pun agak baik. Cuma tidak seperti tahun lepas, tat nenas berbentuk nenas mak aku cuma buat untuk kawan-kawan beliau yg awal-awal dah tempah. Agak leceh nak buat tat nenas berbentuk nenas. Kalau korang rasa nak order, boleh je. Dijamin bersih dan inshaAllah sedap. 100% buatan sendiri termasuklah jam bagi tat nenas. Buat sendiri. Kenapa aku asyik sebut tat nenas je ni? Sebabnya, aku paling suka makan tat nenas. Hahaha. Hot sale tu. Ngehehe.
Aku dan keluarga ni kalau bab makan memang mementingkan kualiti dan kesedapan. Bulan puasa ke tak puasa ke memang mak aku masak sendiri kat rumah. Yela kan. Air tangan mak sendiri tentulah yang terbaik. Hehehe. Peace.
Selamat Berpuasa Selamat Beribadah. :)
No comments:
Post a Comment