Bilik bujang
Rumah teres
Mukim Cheras
17 November 2010
Ke hadapan Abang Sop yang sedang beraya. Apa khabar Abang Sop dan keluarga? Semoga sentiasa sihat di samping keluarga tersayang.
Abang Sop yang baik hati,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memohon jasa baik Abang Sop untuk membuat "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku" pada blog saya. Sememangnya saya sangat suka sekiranya Abg Sop sudi membuat "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku" pada blog saya ini.
Hal ini kerana saya mahu seseorang untuk memberikan pandangan/nasihat/teguran secara KBKK berkenaan blog saya ini. Dan sekiranya Abang Sop sudi melakukan "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku", saya amat berbesar hati menerimanya.
Baiklah. Saya tidak mahu membodek/mengampu/mengipas Abang Sop yang sememangnya baik hati lagi kacak. Semoga permintaan saya untuk terlibat dalam "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku" tercapai. Sampaikan salam saya buat isteri dan anak-anak tersayang. Di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat Abang Sop sekeluarga. Sekian, terima kasih.
Yang Ikhlas,
Mohd Shahrul Hafizi
No comments:
Post a Comment