Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Susah betul nak istiqamah berblogging ni kan. Walaupun ada masa terluang tetapi bila mode malas tu dah menguasai diri. Bukan sahaja aktiviti blogging terbantut, perkara-perkara lain turut terjejas. Tabik spring betul kat orang-orang yg rajin dan istiqamah. Tidak kisah la dalam beribadah mahupun melakukan aktivit-aktiviti remeh-temeh.
Hari Khamis dan Jumaat aku tak pergi kerja. Demam. Sebabnya kena hujan masa balik kerja hari Rabu tu. Adatlah bila berulang-alik kerja menaiki motosikal. Hujan adalah lumrah. Tapi kalau lebat sangat memang terpaksa berhenti. Almaklum menaiki kenderaan dua roda ni risikonya berganda-ganda. Isnin haritu kenalan sepejabat kawan aku meninggal dunia kena gilis lori kat Jln Tun Razak. Kesian budak perempuan tu. Kesian lagi pada keluarga yg terpaksa menguruskan jenazah keluarga dalam keadaan yg sangat menyayat hati. :(
Mintak-mintak la aku mati masa aku tengah tidur atau tengah beribadah. Dan yg penting dalam keadaan beriman. Aminnn. Dah dah dah! Takmo melalut dengan mati-mati ni. Dah la sorang-sorang je kat rumah tengahmalam ni, mengigau plak aku nanti. Abang dan adik aku keluar. Biasalah dorang p melepak dengan kawan-kawan. Aku? Dah malas nak lepak-lepak ni. Zaman dah berakhir. Hahaha.
Parents aku balik kampung. Ada majlis hari keluarga sebelah arwah tok (mak kepada abah aku). Mulanya nak pergi tetapi malas. Sebabnya? Aku cerita kemudian pada entri akan-akan datang ya. Itu je dah boleh buat satu entri. Hehehe.
Awal pagi tadi parents aku dah bergerak balik kampung. Tinggallah tiga anak bujangnya melingkar atas katil macam ular sawa. Hahaha. Hari minggu lah katakan. Aku bangun tidur tengok ada nasi goreng atas meja. Aku memang kurang minat dgn nasi goreng ni. Prefer nasi putih. Jadi lepas jemur baju di ampaian, aku ke pasaraya Giant yg hanya beberapa ratus meter je dari rumah. Jalan kaki je. Malas naik motosikal. Inilah masanya nak exercise kan.
Aku ke bahagian pasar basah. Damn! Peha ayam naik harga. RM 8.69/kg. Sebelum ni RM 7.99/kg. Aku sambar tiga peha sebab kat rumah ada aku, abang aku dan adik aku. Bayar RM 6.10 di kaunter. Lupa plak hari Sabtu. Aku tak ambil plastik. Disamping jimat 20sen, kurang penggunaan plastik. Pastu aku beli akhbar Berita Harian. Harini hari terakhir kuiz. Esok keluar borang penyertaan.
Balik je rumah, aku cuci ayam. Perap dengan tepung, madu, black pepper. Kononnya nak buat ayam madu. Hahaha. Air teh strawberi pagi tadi masih ada. Bubur kacang semalam pun masih ada. Aku habiskan semua. Hahaha. [jangan pelik kenapa badan aku naik sejak dua menjak ni]
Alhamdulillah. Masakan aku diterima tekak abang dan adik aku. Selalunya kalau aku masak, memang aku masak utk aku seorang je. Bukan sebab berkira. Tapi sebab aku suka masak benda pelik [dan tak sedap sebenarnya]. Mak aku pun takut nak makan. Hahaha. Aku memang takda bakat memasak walaupun mak aku terror masak. Sedih juga sebab mak aku takda waris untuk turunkan ilmu memasak dia tu.
Ayam masak madu kononnya. Hahaha. |
Sambal budu adalah wajib. Nyuuum! |
Lunch orang bujang. Makan dengan kicap je. |
"Salam. Ma gi abg long kahwin. Teriang 1. Atas sikit felda temangau. Rugi kalau x boleh umah ayah angkat iji."-mak aku sms malam tadi.
*Huhuhu. Rindunya sama keluarga angkat. Minggu depan ni nak pergi ziarah la.
No comments:
Post a Comment