14 February 2011

78. Jannah.


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Malam ini aku hanya duduk sahaja di rumah. Tiada perasaan dan mood untuk keluar. Erk. Aku jenis keluar malam ke? Malam-malam duk ngadap laptop takpun baca buku. Ataupun tonton televisyen. Itulah rutin setiap malam aku. Sejak tamat pengajian April tahun lepas, zaman keluar malam dengan teman-teman sudah tamat. 

Apa yg korang semua akan buat esok ya untuk menyambut Maulidur Rasul? Kat area taman perumahan aku ni tiada pula berita berkenaan perarakan. WauALLAHhualam. Mungkin sebab aku jarang ke masjid kecuali waktu Jumaat. Seorang junior di Bangi ada mengajak untuk ke program bersama ibu-ibu tunggal di sana esok pagi. Aku belum bagi kata putus. Tetapi idea tu agak menarik juga.

Berkata pasal ibu tunggal, kes perceraian sejak kebelakangan ini kian meruncing. Kes ibu tunggal kematian suami kita tolak tepi. Kes yg memeningkan kepala ini adalah disebabkan cerai. Kenapa boleh sampai jadi begitu ya? Aku tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak lelaki atau perempuan. Kerana masing-masing ada kelemahan dan kekuatannya. Bagi aku, bukankah perempuan sepatutnya kita jaga dan lindung sebaik mungkin.

Teringat pula kisah aku masa zaman budak hingusan dahulu kala. Sekitar tahun 2001-2003. Ada seorang gadis di sekolah aku ni. Namanya Raja Nurjannah. Sangat cantik orangnya. Kecantikan luarannya memang merentap jiwa aku. Ditambah dengan sopan santunnya. Serius. Masa tu aku minat sangat dengan dia. Ada berpucuk-pucuk surat cinta aku utuskan kepadanya. Malangnya, dia tidak memberi jawapan. Dan dalam sedar tidak sedar, aku bercinta dengan gadis lain yg juga cantik tetapi agak sosial. Sejak wujudnya laman sosial Facebook, aku cuba menjejaki Jannah. Alangkah runtunnya hati ini pabila dia sudah pun mempunyai teman lelaki. Dan wajahnya masih seperti dahulu, manis dan meragut jiwa. Hurmmm. Mungkin bukan jodoh aku.

Raja Nurjannah, manis kan orangnya.
Image: Facebook

Disusuli beberapa hari lalu yakni kelmarin atau semalam, aku menziarahi laman blog rakan-rakan maya. Sangat mencuri perhatian aku salah satu gambar ini. Serius, rasa seperti jatuh cinta pandang pertama kembali seperti zaman 2001-2003 itu. Bukan senang untuk aku menulis pasal ini sebabnya aku sudah hampir putus harapan dengan jodoh. Tetapi jauh di sudut hati, aku percaya setiap hamba ALLAH ada jodohnya masing-masing. Bro Nine, aku mohon keizinan ya untuk paparkan gambar adik ko yg sangat menyentuh jiwa. Mungkin ko kata adik ko biasa-biasa sahaja, tetapi aku tahu akhlaknya bagaimana. Aku yakin. Kalau ko tak restu aku jadi adik ipar ko sekalipun, bagilah aku peluang untuk aku berkenalan dan bersahabat dengan adik ko. "Jannah, sudikah awak berkawan dengan saya? Saya ikhlas dan bersungguh-sungguh ni." Ya, dalam percaya atau tidak namanya juga Jannah. Indah sekali bukan.

Adik Bro Nine yg menarik hati aku. Jannah juga namanya.

Aku jadi musykil. Adakah nama seseorang itu memberi refleksi tertentu terhadap seseorang itu. Seperti yg kita sedia tahu, Jannah dalam bahasa Arab membawa maksud syurga. Menyebutnya sahaja sungguh menenangkan. Lembut dan damai perasaannya. Aku membuka muka surat baru di dalam Firefox yg digunakan ini lalu menaip perkataan pada enjin pencarian Google di bawah mode 'Images'. Tidak mengecewakan, sememangnya kebanyakan gadis bernama Jannah mempunyai raut yang manis sekali.

Sangat manis kan. Nur Jannah dari laman Hi5.
Image: Hi5

Okaylah. Tidak mahu terlalu melayan perasaan jiwang malam ini. Lebih baik perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat syafa'at dan rahmat daripada ALLAH Taala. Dan dimasukkan ke dalam syurga ALLAH, Jannah.


Akhir kata, Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...