12 February 2011

77. Cuti. Temuduga. Edisi Cakap Panjang.




Huhuhu. Lamanya blog ini tidak dikemaskini. Nampak gayanya resolusi tahun 2011 yang ini masih belum stabil. Disiplin diri kena diperbaiki lagi. Komitmen juga perlu dititikberatkan. Harapnya.

31 Jan hingga 5 Februari aku tidak muncul di alam maya. Sebab aku di kampung tercinta ketika itu. Kali terakhir aku balik kampung, Raya Aidilfitri tahun lepas. Hampir empat bulan juga. Seminggu di kampung kali ini aku manfaatkan sebaiknya. Banyak juga perkara sempat aku laksanakan.

1. Mengemas & cat rumah parents di kampung.
2. Jual original rims moto aku pada sepupu.
3. Memangkas dahan pokok jambu depan rumah.
4. Membersihkan sarap yg sangkut dlm longkang.
5. Ke Kuantan, tidur rumah CekLong. Layan anak-anak buah.
6. Hadiri tahlil dan kenduri doa selamat AyahDe. 
7. Tolong ma buat karipap 200 biji. Ada saudara tempah.
8. Layan Tokki. Rindu dgn kelatah beliau.

Ada banyak lagi. Ini tak termasuk gosip-gosip serta pe'el kaum keluarga yg macam-macam. Adoi. Si polan bin si polan dengan kisahnya yang begitu manakala si pulan binti si pulan pula dengan ceritanya yang begini. Almaklumlah, keluarga aku besar. Dan kebanyakan orang kampung adalah berasal dari salasilah yang sama.


Selesai isu cuti. Kelmarin aku hadiri temuduga untuk latihan teknologi maklumat. Disebabkan aku langsung buta jalan area Damansara, seawal jam 12.30 tengahari, aku dah bertolak ke Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang terletak di Jalan Beringin. Alhamdulillah tanpa sesat, aku dan sorang membe aku, Sang Lanun selamat tiba. Lebih kurang 20 orang yang hadir untuk temuduga tersebut. 

Alhamdulillah. Aku berjaya. Nasihat penemuduga pada aku, "Perbaiki penampilan." Hahaha. Aku memang mengaku dengan beliau. Mana tak nya, keadaan rambut aku memang teruk. Sangat tak terurus. Ditambah dengan kumis dan janggut yang cacamarba ala pelakon terkenal Johnny Depp. Hahaha.Sebabnya aku tengah simpan rambut untuk bagi panjang. Mak aku bising rambut aku sebelum ni yang ala tentera. 

Habis je interview, aku bersalaman dengan kenalan-kenalan baru di situ termasuklah Tahar, Lan, Aziz, Syawal dan Isa. Harap-harap korang juga berjaya dan jumpa lagi 21hb di Kelana Jaya. Aku dan Sang Lanun langsung ke IKEA. Mulanya aku tersalah masuk jalan sampai terkeluar balik ke Federal Highway. Lepas masuk balik Sprint, aku terlajak masuk plak di 1Utama yang mana aku sepatutnya straight je untuk ke IKEA. Hahaha. Nak buat macam mana, situ bukan area aku.

Ini kali ketiga aku ke IKEA yakni kali pertama dengan sendirinya. Baru perasan air vending machine di sini murah. Air tin cuma RM1, air botol pula RM2. Disebabkan aku cuma naik moto kapcai, jadi agak terhad jugalah untuk membeli-belah. Aku sambar 2 candle holder (ma pesan), balang kaca dan set gergaji yang kesemuanya berjumlah RM55.70. Kemudian aku belanja la Sang Lanun makan karipap setengah dozen dan air mineral. Jimat beb.

Disebabkan The Curve depan IKEA je, jadi aku ajak Sang Lanun singgah sekejap. Sekaligus solat Maghrib di situ. Aras 2 ya. Tu pun lepas tengok directory board. Harapkan cashier Muslimah di MPH, langsung tak tahu. Buat malu sahaja. Mulanya konon nak berlagak tahu tapi lepas aku jeling-jeling, baru dia malu sendiri mengaku tak tahu. Guard di situ pun tak tahu. Nak cakap bahasa Malaysia pun tak tahu. Hampeh!

Settle, kitaorang singgah McD layan ais krim Sundae percuma. Hehehe. Lepas tu aku masuk Body Shop. Sahaja je nak survey harga Tea Tree Oil products. Ada promosi RM71 untuk set mini percubaan. Tapi aku tangguh dulu niat. Bukan keperluan buat masa ini. Dalam jam 8.15pm, kitaorang pun pulang. Syafiq pulang ke Putrajaya dengan kapcai beliau yang jelas lagi laju dari kapcai aku. Huh.



Nak beli moto baru la. Ada yang nak sponsor tak? Hahaha.

Image: pollsb.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...