21 July 2010

47. Konvo. Kerja.




Alhamdulillah. Baru sahaja dapat gaji pertama setelah bergelar graduan Sarjana Muda. Walaupun gaji tidaklah besar tapi syukur kerana dikurniakan rezeki yang halal lagi baik. Agak lama tidak menulis. Kekok pun ada. Hehehe. Agak sibuk sejak dua menjak ni. Persiapan untuk konvokesyen masih belum selesai. Pakaian belum ada. Nasib baik rumah dan universiti hanya memakan masa 45 minit tunggangan motosikal. Jadi tidak perlu risau penginapan dan sebagainya.


Kerja sekarang sangat mencabar (dan menyeronokkan). Sebabnya aku dapat rakan sekerja yang best. Sedih juga sebab menolak tawaran kerja sebagai eksekutif pengurusan klien di sebuah firma laburan Tan Sri Syed Al-Bukhari. Tawaran gaji pun agak lumayan. Tetapi apabila difikirkan balik, skop tidak kena mengena dengan ilmu yang dituntut semasa di universiti. Alhamdulillah. Kerja sekarang sangat match. Cuma masih belum bersedia untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (Master). Kewangan masih belum stabil.


Apa-apa pun, Jumaat ni akan ke Terengganu membuat persampelan bagi tujuan EIA environmental assesement. Kerja di makmal masih belum selesai. Big boss sudah pula memberi kerja baru dan perlu membuat pembentangan di Johor. Barangkali.



[apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti]

10 comments:

  1. takpe bro. masing-masing ada rezeki dia. just enjoy ur life sudah lah.

    gua doakan lu dapat apa yang lu inginkan. amin.

    ReplyDelete
  2. tu la kan. aku pun kadang-kadang jadi pening. thanks Berd. ko pun sama gak. jangan duk main awek je. bawak bertaubat. hahaha.

    ReplyDelete
  3. wow! dh dpt gaji? hehehe.. apepun, zue doakan shahrul berjaya dlm apa jua yg shahrul buat...

    p/s : konvo bile??

    ReplyDelete
  4. bagus..yg penting ko tau apa ko nak..dari situ ko tau camne nk buat keputusan

    ReplyDelete
  5. Zue: Terima kasih. Zue pun sama. Kerja elok-elok tau. Konvo 10 Ogos. Jemput la datang. Bawak hadiah sekali tau. Hehehe.

    Hemy: Setuju. Belajar dari kesilapan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah coz bakal konvo n tahniah gak coz dah keje...so sila la blnja blogger2 kat sini ye..hahaha

    ReplyDelete
  7. sy syg kamu SHAHRUL segak lg bergaya....kahkahkah
    jom g kedai pkcik kenny rogers,da lame x rase kaw blanje mkn ni....ahakz

    ReplyDelete
  8. Zoncapriku: Terima kasih bro. Setakat belanja minum, no hal lah. Hehehe.

    Sang Lanun: Jangan sebut Kenny Rogers! Tekak aku membengkak mendengarnya. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. wah tawaran menarik tu.. namun rezeki ada di mana2 bro... dimana ada kemahuan di situ ada jalan

    ReplyDelete
  10. mancai: itulah pasal. rezeki atas bawah kiri kanan ada. hahaha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...