Aik! Tajuk sama dengan entri terdahulu? Hehehe. Aku join contest HIDUP SEORANG BLOGGER anjuran laman web blog Denaihati. Seperti yang aku tulis pada entri terdahulu, kebanyakan peserta contest ini adalah bloggers otai atau senior/ita. Aku tak pasang angan terlalu tinggi untuk menang sebab aku pun masih baru dalam arena blogging ni. Bak kata pepatah baru setahun jagung.
Menang kalah tu aku ketepikan. Aku mahu memeriahkan contest ini. Dan juga mahu mencabar diri seperti yang juga aku maklumkan pada entri terdahulu. Niat nak memang tentulah ada, tipu la kalau taknak menang kan. Apa guna join contest kalau taknak menang kan. Tapi aku awal-awal dah mindset bahawa sekiranya aku menang, aku nak buat open house raya. Boleh jemput kenalan bloggers dalam ni kan. Hehehe.
Pada entri terdahulu aku duk bebel pasal kelebihan blogging ni. Kali ni plak? 'Apa yang tak bestnya jadi bloggers ni?';
- Tanggungjawab dah bertambah. Ya. Menjadi seorang blogger bermakna kita sudah menjejakkan kaki ke satu alam kareer/hobi yang baru. Seperti kita ada hobi suka make-up kereta/moto, once dah terjebak, kita akan mula minat dan kena spend masa dan mungkin duit untuk hobi tersebut. Begitu juga dengan menjadi blogger. Kena ada komitmen.
- Kurang masa untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Situasi ini tidak berlaku pada semua bloggers. Mungkin hanya pada sesetengah bloggers yang terlalu addict dan gila pada blogging. Yelah. Sampaikan kalau membe ajak solat jemaah di masjid/surau pun taknak join sebabnya nak solat di bilik sahaja. Pastu nak blogging. Apa kejadahnya. Pandai-pandai lah membahagikan masa ya.
- Wujud perasaan riak dan takbur. Rasanya definisi bagi kedua-dua istilah ini tak perlu aku terangkan lagi. Kalau ada yg kurang jelas, boleh tanya Uncle Google. Dari pemerhatian aku secara kasar, aku dapati ramai blogger suka menunjuk-nunjuk dan terlalu bangga pada diri sendiri. Ada bermacam sebab. Ada sebabnya mereka rasa mereka tu cun macam Audrey Hepburn atau kacak macam Brad Pitt ataupun mereka rasa mereka mempunyai pasangan paling best dalam dunia ni dan sebagainya. Macam-macam lah. Aku bukan dengki atau busuk hati. Aku cuma tak mahu kalian bongkak. Sebabnya sifat-sifat itu adalah sifat Allah Taala. Kita manusia ni tak layak. Humble sudah.
- Wujud puak atau klik yang tertentu. Pada asasnya memang bagus. Sangat bagus berkomuniti ni. Tapi kalau dah sampai tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, gaduh-menggaduh dll, apa kes bang/kak? Takmo gaduh-gaduh OK. Kalau ada kurang selesa dengan pandangan orang lain, minta penjelasan dan dengar dari aspek yg positif. Jangan terus cop orang tu sebagai dengki dsbg. Hidup bermasyarakat ni kena bijak beradaptasi dalam semua keadaan. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Fikir-fikir lah.
- Kena banyak membaca. Sebenarnya benda ni baik. Tapi bagi aku tak best. Sebabnya aku malas membaca. Hahaha.
Banyak lagi benda-benda yg tak best jadi bloggers ni lagi-lagi kalau dah jadi popular macam Hanis Zalikha. Siap ada orang stalking tu. Mantop la bro yg jadi stalker tu. Aku bagi tabik spring cap ayam kat ko. Ngehehehe.
Ok lah. Aku nak pergi jerang air. Adik aku nak mandi air suam. Sian dia eksiden. Patah tiga gigi. Muka sopak teruk sampai isi daging. Macam daging burger warna merah tu. Yummy! Dan nanah yg umpama mayonis mengalir perlahan. Slurppp! Hahaha.
Terima kasih pada yg sudi membaca. Ciaou.
No comments:
Post a Comment