19 September 2010

57. Bujang adakah bermaksud tidak laku?



Alhamdulillah. 


Akhirnya ada juga kekuatan pada diri ini untuk kembali menaip. Maaf buat semua rakan-rakan bloggers sekalian. Kesihatan diri kurang baik sejak Ramadhan hinggalah hari ini. Sambut raya dalam keadaan demam. Dan kini masih lagi selsema dan batuk berkahak. Uhuksss.



"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan."


Aku melihat sekeliling. Rata-rata rakan-rakan berpasangan. Aku? Masih lagi bujang sejak dua tahun kebelakangan ini. Adakah aku terlalu memilih atau memang kena mandi bunga? Atau realitinya 'tidak laku'. Mungkin ada yang berpandangan masih muda untuk aku memikirkan semua itu. Hakikatnya usia kian menginjak dek masa. Sudah la bekerja dengan bos yang bujang terlajak. Aku tidak mahu begitu. Tidak!


Tengahari tadi tertonton Melodi di TV3. Lawanya Lisa Surihani ditemani bondanya, Makcik Mira. Muka sama manis sama lawa. Tadi plak baru lepas berbual dengan rakan sepraktikal. Bos di tempat praktikal sudah pun bernikah dengan seorang staf nya. Jodoh mereka kan. Bila lah turn aku ya? 


*Manusia seringkali tidak bersyukur dengan apa yg sudah ada di sekelilingnya. [termasuklah diri ini]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...