Bunga Seri Pagi yang ditanam depan rumah. Sorry. Makro tak power. |
Sejak berhenti kerja, aku lebih banyak membuang masa. Bukan melepak atau tidur sepanjang hari tetapi membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Dalam sedar tak sedar, dah hampir sebulan aku menjadi penanam anggur tidak berjaya. Huhuhu.
Masih lagi survey pensyarah-pensyarah yang sesuai untuk aku sambung Master. Dalam masa yang sama mencari kerja. Sebenarnya aku memang ada niat untuk sambung pengajian sampai ke tahap PhD. Dan yang aku nak, belajar di luar negara. Tidak kisahla bukan di negara Eropah sekalipun.
Sampai sekarang aku masih blur. Blur sangat dengan hidup aku ni. Nasib baiklah masa aku kerja dulu aku ada simpan sedikit duit untuk belanja. Duit simpanan tetap lain cerita. Tu aku masuk dalam ASB. Untuk beli rumah dan kahwin. Lambat lagi.
Membe-membe sejurusan degree dulu ada pun yang dah bekerja. Dan ada yang bakal menerima segulung ijazah Sarjana yakni Master bulan Ogos ni. Aku? Adoi. Usaha dan terus berdoa.
Semoga hari yang cerah menanti. Amin.
Image: Mohd Shahrul Hafizi
No comments:
Post a Comment