20 January 2011

74. Saya nervous cakap dgn awak tadi.


Baru balik jam 9pm tadi dari majlis perasmian Bidor Station Kopitiam. Pergi dengan bonda naik EX5 tercinta. Hehehe. Alhamdulillah. Mee rojak sedap. Boleh tahan seronok sebab ada persembahan pelbagai artis termasuk AXL. Sedap gak suara bro tu nyanyi live.

Dan seseorang yang duduk betul-betul hadapan aku memang buat aku nervous dan excited. Jumpa secara live, dia nampak sangat lawa dan manis. Serius! Lepas aku habis makan, aku bangun dan beranikan diri menghampirinya.

Sangat nervous!



"Awak nampak sangat manis malam ni. Mesti sangat penat buat persembahan dari petang tadi. Boleh nampak dari muka awak tadi. Tapi awak tetap mesra melayan peminat-peminat. Balik rumah, mandi dan rehat secukupnya ya. Shake bottle awak sama macam saya punya. Hehehe. Sorry, saya agak nervous bercakap dgn awak tadi."


Buat bro Padin, minta maaf aku tak bawa kamera. Habis bateri. Dan juga tak bawak kertas untuk minta autograf. Tapi aku dah sampaikan salam pada Ana Raffali. Dan dia sudah pun menjawab salam itu ya.


Aku tak tahu kenapa. Rasa macam jatuh cinta pun ada. Adoi. Adakah ini yg dikatakan dgn jatuh cinta pandang pertama?

Image: Aimi Ismon

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...