Adoiyai. Dapat lagi emel dari Petronas. Haritu dah kena reject [rujuk entri ini]. Alasan mereka, aku tak cukup pengalaman dan terlalu freshie. Pastu semalam dapat emel untuk jawatan Eksekutif Pembangunan Rangkaian. Hahaha. Aku direct translate dlm Bahasa Melayu.
Executive (Network Development)
Location: KLCC
Min. Qualification: Bach Degree
Date: 07 Jan 11 12:08 PM
Years of Experience: 5 years
Number of Vacancies: 1
Aku dah pun submit CV aku. Dapat tak dapat belakang kira. Tetapi aku agak musykil kenapa kebanyakan syarikat/agensi tak mahu fresh graduate sedangkan merekalah yg amat memerlukan kerja dan pengalaman bekerja. Pastu bila interview semua dah okay, dorang bagi alasan kurang pengalaman bekerja. Wadde! Dah tu sampai bila nak ada pengalaman. Balik kampung bukak ladang ternak lagi bagus.
Aku bukan nak condemn tetapi sesetengah syarikat tak mahu bagi peluang kepada fresh graduate yg berkemahiran dan berkebolehan. Aku tak maksudkan aku. Maksud aku, rakan-rakan penganggur di luar sana. Lulusan dah bagus, soft skills pun dah bagus. Tapi hanya kerana tiada/kurang pengalaman bekerja, mereka terpaksalah bekerja bidang Customer Service yg budak lepasan SPM pun boleh apply. Ini senario yg aku dapat lihat sekarang. Betulkan kalau aku salah.
Minta maaf. Bukan nak merendahkan lepasan SPM. Aku cuma rasa mereka yakni fresh graduate perlulah diberi peluang. Bak kata pepatah, 'Don't Judge a Book by It's Cover'. Mana tahu, yg fresh ini lah banyak idea baru dan tenaga pun masih kuat serta otak masih cerdas. WauALLAHhualam.
Ini bukan luahan perasaan ya. Saje je buat ayat provoke. Okay lah. Aku nak sambung main Monster Hunter. Ciaou!
Image: Thermo Rocks
No comments:
Post a Comment