07 January 2011

70. Semalam. Esok.



Maaf biarkan blog tak dikemaskini dengan entri sejak Selasa lalu. Aku agak sedikit geram dan sedih sebabnya laptop aku sudah mula buat hal. Dah la external Hard Disk (ext. HD) buat hal. Adoi. Memang angin satu badan dibuatnya. Rasa macam nak hempuk je laptop ni ke lantai. Serius!


Semalam, aku ke Low Yat dengan membe kolej dulu. Kebetulan membe tu ada urusan kerja di Puduraya, jadi kitaorang ambil kesempatan untuk bertemu di Low Yat. Alhamdulillah. PSP-3006 aku dah fully mobbeb kepada CFW 6.20-TNB. Dah boleh main games tak original. Membe aku tu pula survey MP3/MP4. Tapi tak sambar pun sebab masih doubt dengan pilihan.


Habis di Low Yat, aku follow membe aku tu ke Subang Jaya. Gudang bapak dia. Dekat je dgn Sunway Pyramid. First time aku lalu Lebuhraya Pantai Baru. Kalau tak follow membe aku ni, memang aku akan ikut Lebuhraya Persekutuan. Disebabkan ext. HD aku rosak, so aku suruh membe aku ni cuba bukak guna PC kat office dia tu. Dem! Memang sah rosak. Last-last aku format je ext. HD aku tu. Dan mintak membe aku tu bagi software utk aku trace balik data-data dlm ext. HD tu.


Esok, 7 Januari bersamaan hari Jumaat, aku ada farewell function kat tempat aku bekerja dulu sempena resignation aku 31 Disember lalu. Aku tak tahu la nak pergi ke tak. Kalau hujan memang aku tak pergi. Dah la moto aku lampu depan rosak. Tapi teringin nak pergi. Entahlah. Tengok keadaan.



Image: TheBridgeMaker

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...